HomeTrailing Stop

Trailing Stop

Apabila anda membuka satu posisi, anda boleh meletakkan stop loss untuk menghadkan kerugian anda jika kedudukan itu menjadi tidak menguntungkan. Tetapi, jika kedudukan menjadi menguntungkan, anda mungkin mahu menyesuaikan stop loss anda ke tahap memulang modal.

Anda boleh melakukan ini secara manual, atau melakukannya secara automatik dengan menggunakan trailing stop. Ini adalah berguna kerana anda tidak perlu menjaga harga sepanjang masa.

Untuk menentukan trailing stop:

  • Buka window ‘Terminal’
  • Klik kanan pada kedudukan untuk membuka menu konteks
  • Pilih ‘Trailing Stop’
  • Pilih bilangan mata yang anda mahu di antara tahap stop loss dan harga

Anda hanya boleh menentapkan satu trailing point bagi setiap posisi yang dibuka.

 

Placing of trailing stop order

Figure 1. Menentap Trailing Stop

Selepas anda menetapkan trailing stop, terminal MetaTrader akan memantau harga semasa dan lakukan yang berikut:

  • Tunggu sehingga kedudukan anda masuk ke dalam keuntungan dengan jumlah mata yang anda tetap dalam trailing stop anda
  • Mengeluarkan perintah stop loss pada tahap yang dinyatakan dalam trailing stop
  • Terus meningkatkan stop loss apabila harga meningkat
  • Merekodkan semua perubahan stop loss dalam jurnal terminal

Stop loss tidak akan diturunkan jika harga jatuh supaya keuntungan anda dipastikan.

Anda boleh melumpuhkan trailing stop yang setia ada dengan melakukan berikut:

  • Buka window ‘Terminal’
  • Klik kanan pada kedudukan untuk membuka menu konteks
  • Pilih ‘Trailing Stop’
  • Pilih ‘None’ untuk melumpuhkan trailing stop pada posisi yang terpilih
  • Pilih ‘Delete All’ untuk melumpuhkan semua trailing stop.

Sila perhatikan bahawa trailing stop diuruskan oleh terminal MetaTrader, bukan oleh server kami. Jika anda mematikan terminal, trailing stop yang anda menetap akan henti berfungsi , dan pesanan stop loss terakhir yang anda hantar kepada server kami akan dikekalkan.

Menara UOA, Jalan Bangsar (more contacts on Contacts page)
Phone/fax: 1 800 813 772 (+852 580 81 312 when calling from outside Malaysia)
E-mail: info@forex4you.my





E-Global Trade & Finance Group, Inc. adalah dibenarkan dan dikawal oleh FSC di bawah Akta Sekuriti dan Pelaburan Perniagaan 2010 Lesen # : SIBA/L/12/1027
Berdagang di pasaran Forex melibatkan risiko yang ketara, termasuk kehilangan semua dana. Perdagangan tidak sesuai untuk semua pelabur dan pedagang. Dengan meningkat leveraj meningkatkan risiko (Notis Risiko). Perkhidmatan ini tidak disediakan untuk penduduk Amerika Syarikat