HomeMenguruskan akaun

Menguruskan akaun

Pengenalan

Ingin mula mendapatkan keuntungan dalam forex, tetapi anda tidak mempunyai masa atau kemahiran? Atau mungkin anda mempunyai masa dan kemahiran dalam perdagangan forex, tetapi terlalu sedikit wang yang ada?

Selamat dating ke sistem PAMM!

Ia adalah sistem pengurusan perdagangan forex (“Pengurusan Wang Peruntukan Peratusan”) yang menemukan pelabur dan pedagang bersama-sama supaya pelabur boleh menggunakan kepakaran pedagang, dan pedagang boleh menyediakan perkhidmatan pengurusan akaun forex kepada pelabur

Sebagai seorang pedagang, ia membawa kemungkinan baru kepada perdagangan anda dengan menggabungkan dana dari beberapa pelabur. Anda boleh membuat perdagangan yang lebih besar untuk meningkatkan keuntungan bagi pelabur anda dan anda sendiri. Anda yang menentukan keperluan anda untuk bekerja dengan para pelabur, dan menerima pendapatan anda secara automatik setiap minggu.

Sebagai seorang pelabur,ia memberikan anda peluang untuk mengambil bahagian dalam salah satu pasaran yang paling menguntungkan di dunia – forex, tidak perlu mengetahui apa-apa tentangnya atau mengambil tindakan secara terus, tetapi dengan melaburkan dana ke dalam satu atau lebih pengurus kewangan dan satu atau lebih strategi perdagangannya. Memilih mana-mana satu pedagang dan tawaran mereka kepada pelabur dan menerima pendapatan anda secara automatik setiap minggu.

Sistem PAMM kami menguruskan semua pelaburan dan pemindahan antara pelabur dan peniaga secara automatik. Ini adalah jaminan kami kepada anda tentang kebolehpercayaan, keselamatan dan ketelusan semua aktiviti dalam system ini.

PAMM membuat kehidupan pelabur forex mudah dan membuka peluang baru bagi para pedagang forex. Mendaftarlah akaun Pelabur PAMM atau akaun Pedagang PAMM hari ini!

Bagaimana Ia Berfungsi?

PAMM adalah berdasarkan perjanjian di antara pedagang dan pelabur tentang bagaimana para pedagang akan menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan mereka, dan apakah yuran yang pelabur akan bayar kepada pedagang sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka.

  • Jika anda adalah pelabur, anda membuka akaun Pelaburan PAMM itu membolehkan anda mendepositkan wang bagi dagangan dibuat oleh pedagang yang anda pilih
  • Jika anda adalah seorang pedagang, anda membuka Akaun Pedagang PAMM yang memberikan anda peluang untuk membuat pelaburan Forex kepada pelabur yang telah memilih anda untuk menguruskan wang mereka. Yuran yang dibayar oleh pelabur kepada anda akan dikira secara automatik dan dipindahkan ke akaun anda.
  • Anda juga boleh menjadi kedua-duanya – seorang pelabur yang mempunyai akaun pelabur dan juga seorang pengurus wang yang mempunyai akaun pedagang.
  • Selain itu, anda juga boleh mendapatkan komisen dari kedua-dua – pedagang dan pelabur – jika anda menarik perhatian mereka melalui akaun Rakan Niaga.

Komitmen kami kepada anda adalah syarat perdagangan forex yang berkelas tinggi dan sokongan kami membantu anda memaksimumkan pulangan ke atas pelaburan anda. Kejayaan anda adalah kejayaan kami! Dan kami ingin melakukan apa yang kami mampu untuk membuat pengalaman forex anda menguntungkan, tidak kira anda adalah seorang pedagang, pelabur atau kedua-duanya.

Faedah untuk pelabur

  • Dapatkan keuntungan daripada operasi dalam pasaran Forex tanpa sebarang tindakan langsung
  • Mengamanahkan dana anda kepada pedagang yang sudah Berjaya
  • Mempelbagaikan pelaburan anda dan mengurangkan risiko pelaburan dengan memilih lebih daripada satu pedagang / kaedah perdagangan
  • Menerima pendapatan anda secara automatik setiap minggu

Faedah untuk pedagang

  • Meningkatkan jumlah modal perdagangan anda
  • Mengurangkan leveraj dan oleh itu mengurangkan risiko perdagangan
  • Menarik bilangan pelabur dan pelaburan yang tidak terhad
  • Menerima pendapatan anda secara automatik setiap minggu

Menara UOA, Jalan Bangsar (more contacts on Contacts page)
Phone/fax: 1 800 813 772 (+852 580 81 312 when calling from outside Malaysia)
E-mail: info@forex4you.my





E-Global Trade & Finance Group, Inc. adalah dibenarkan dan dikawal oleh FSC di bawah Akta Sekuriti dan Pelaburan Perniagaan 2010 Lesen # : SIBA/L/12/1027
Berdagang di pasaran Forex melibatkan risiko yang ketara, termasuk kehilangan semua dana. Perdagangan tidak sesuai untuk semua pelabur dan pedagang. Dengan meningkat leveraj meningkatkan risiko (Notis Risiko). Perkhidmatan ini tidak disediakan untuk penduduk Amerika Syarikat