Syarat Perkongsian
Pengiraan komisen
Komisen pekongsi – adalah peratusan spread untuk akaun Sen Lite, Sen, Klasik Lite dan Klasik. (Spread –adalah perbezaan di antara harga beli dan harga jual). Komisen pekongsi untuk akaun Sen NDD dan Klasik NDD adalah peratusan spread + peratusan untuk komisen pelanggan. Bagi jenis akaun Pro STP – ia adalah hanya peratusan komisen pelanggan.
Komisen adalah dibayar setiap jam. Tempoh ini boleh dipanjangkan pada masa akan datang.
Dalam “Sejarah Akaun” anda, anda akan melihat pesanan seperti ini: C: LTA: 43083669:44074011:2110. Ini mengandungi lima bidang maklumat, masing-masing dipisahkan dengan noktah bertindih (:). Berikut adalah erti pada setiap bidang maklumat seperti yang dimunculkan dalam pesanan itu:
- Pengenalpasti komisen
- Pengenalpasti skim perkongsian
- Nombor pesanan pertama yang dimasukkan ke dalam kumpulan ini
- Nombor pesanan terakhir yang dimasukkan ke dalam kumpulan ini
- Jumlah pesanan terkira dalam kumpulan
Mengakses statistik anda dalam Bilik RakanNiaga, seksyen “Akaun yang menarik pelanggan”.
Sila ambil perhatian bahawa untuk mendapatkan komisen pekongsi,Pelanggan hendaklah mematuhi keperluan MTP.
Minimum Trade Points (MTP) – tahap minimum pesanan dalam bentuk pips, pelanggan perlu mematuhi untuk mendapat komisen.
MTP sedang digunakan dalam pembayaran spread dalam Akaun Sen Lite, Sen, Klasik Lite, Klasik. Dalam Klasik NDD dan Sen NDD Minimum Trade Points – dalam kedua-dua pembayaran spread dan komisen. Syarat MTP tidak dikenakan ke atas akaun Pro STP – kami membayar komisen pekongsi bagi setiap pesanan yang dibuka oleh pelanggan anda.
Pembayaran komisen pekongsi pada akaun Sen NDD dan Klasik NDD
Komisen dikira berdasarkan peratusan spread, ia adalah tetap apabila pesanan itu telah ditutup + peratusan komisyen yang dibayar oleh pelanggan yang tertarik untuk membuka pesanan baru. Komisen adalah 50% daripada spread + 50% dari komisen, dibayar oleh pelanggan untuk membuka suatu pesanan baru.
Contoh: seorang pelanggan menutup 1 lot pesanan USD/CHF dengan 10 pips perbezaan antara harga buka dan tutup. Pelanggan membayar 8 USD komisen dan 2.5 mata dari spread, jumlahnya 25 USD. Dalam kes ini, seorang rakan niaga memperolehi 50% komisen dari 8 USD, campur 50% dari spread 26.5 USD – 13.25 USD, jumlah pendapatannya 17.25 USD.
Pembayaran komisen pekongsi di akaun Pro STP
Ganjaran dibayar hanya dari komisyen yang dicaj untuk setiap pesanan pelanggan. Kelebihan utama yang menarik minat pelanggan ke akaun Pro STP adalah bahawa jenis akaun ini tidak memerlukan MTP. Oleh itu anda akan mendapat komisen bagi setiap pesanan dibuka oleh pelanggan anda. Ganjaran boleh menjadi sebanyak 70% daripada komisen pelanggan untuk satu lot bergantung kepada jumlah pesanan. Komisen pekongsi dikira pada akhir setiap hari selepas pelanggan menerima rebat bagi pesanan itu.
Jadual komisen Pro STP
| Indeks jumlah dagangan pesanan pelanggan* | Komisen pelanggan |
Ganjaran pekongsi |
|---|---|---|
| < 1500 | 20 USD | 50% |
| 1500 – 3750 | 16 USD | 55% |
| 3751 – 7500 | 13 USD | 60% |
| 7501 – 11250 | 10 USD | 65% |
| > 11250 | 8 USD | 70% |
* Indeks jumlah dagangan pesanan = JUMLAH Volum / PURATA Ekuiti.
Contoh pengiraan komisen untuk Pro STP
| Contoh | |
|---|---|
| Order volume: | 50 000 |
| Ekuiti akaun pada pembukaan pesanan: | 1 000 USD |
| Purata ekuiti untuk 30 hari yang lalu: | 1 154 USD |
| Jumlah dagangan untuk 30 hari yang lalu: | 2 290 000 |
| Indeks pesanan dikira: | 1984 = 2 290 000/USD 1 154 |
| Komisen pesanan melalui kadar default (USD 20): | 10 USD = USD 20*0.5 lots |
| Komisen pesanan menggunakan kadar komisyen yang baru: | 8 USD = USD 16*0.5 lots |
| Rebat pesanan: | 2 USD = USD 10 – USD 8 |
| Komisen pekongsi dari pesanan: | 4.4 USD = 8*0.55 |
| Contoh: | |
|---|---|
| Bilangan pesanan: | 90 000 |
| Ekuiti akaun pada pembukaan pesanan: | 2 000 USD |
| Purata ekuiti untuk 30 hari yang lalu: | 2 253 USD |
| Jumlah dagangan untuk 30 hari yang lalu: | 9 570 000 |
| Indeks pesanan dikira: | 4248 = 9 570 000/USD 2 253 |
| Komisen pesanan melalui kadar default (USD 20): | 18 USD = USD 20*0.9 lots |
| Komisen pesanan menggunakan kadar komisyen yang baru: | 11.7 USD = USD 13*0.9 lots |
| Rebat pesanan: | 6.3 USD = USD 18 – USD 11.7 |
| Komisen pekongsi dari pesanan: | 7.02 USD = 11.7*0.60 |
Rebat secara automatik bagi pelanggan anda
Forex4you membolehkan anda menyesuaikan program pekongsi anda secara individu dengan mengikuti kerja anda: volum jumlah dagangan anda, saiz asas pelanggan anda, pendapatan, dan sebagainya. Pada masa ini kami hanya mempunyai perkhidmatan «auto-rebat ». Ia membolehkan anda memberi ganjaran kepada pelanggan anda (contohnya pelanggan memilih laman web anda untuk mendaftar akaun Forex4you). Anda boleh mengetahui perkhidmatan “Auto-rebat” lebih lanjut dan menubuhkan program pekongsi anda melalui Bilik Rakaniaga anda di seksyen “Tetapan untuk program rakan kongsi“.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui Dilik Pedagang anda atau hubungi nombor bebas tol kami: 1-800-813-772
